Tuesday, April 2, 2013





AKTIVITI 5
3 Posting Berkaitan Pendidikan Bahasa
1.      Tajuk   : Pendidikan Bahasa Melayu:  Antara Hasrat dengan Perlaksanaan.  2002. 
                      ISBN 967-942-588-6.  64 hlm.  
Abstrak   
Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada empat dekad. Selama itu pihak kerajaan dan pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Namun demikian pelaksanaan dasar bagi merealisasikan matlamat tidak berjalan dengan licin. Ini kerana hasrat yang telah dipersetujui dalam dasar dan akta terpaksa diubah suai dan dilaksanakan mengikut tuntutan semasa, sehingga para pengkaji dan pengamal dasar berada dalam keadaan keliru. Para pengamal dasar pula mendapati kelemahan-kelemahan tertentu yang sukar di atasi pada peringkat pelaksanaan. Pembentangan ini cuba meneliti hasrat dasar bahasa yang terkandung dalam Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan kemudian menilai sejauh mana pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu dapat merealisasikan hasrat tersebut. Skoppembentangan ini terbatas kepada tiga persoalan utama. Pertama, apakah hasrat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Bahasa Kebangsaan yang terkandung dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia? Kedua, sejauh manakah Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan bahasa Melayu dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan yang merangkumi zaman awal pascakemerdekaan, zaman reformasi pendidikan, dan era globalisasi dan teknologi maklumat memenuhi hasrat tersebut? Ketiga, apakah agenda pendidikan bahasa Melayu yang masih belum selesai dan perlu dijadikan agenda penting pada abad ke-21 bagi memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar ilmu dan pembina tamadun bangsa? Kerangka teori jurang digunakan sebagai panduan bagi membincangkanperbezaan antara hasrat dan pelaksanaan dasar serta mengenal pasti keperluan yang wajar dipenuhi bagi memastikan matlamat dasartercapai.  
Hasil penelitian menunjukkan bahawa hasrat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia ialah: bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan pengantar utama dalam sistem pendidikan.  
Namun, dalam pelaksanaan dasar sejak zaman selepas merdeka hingga masa kini, pencapaian pelaksanaan tidak selaras dengan hasratnya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa terdapat jurang antara hasrat dengan pelaksanaan dasar di institusi pendidikan awam dan swasta. Kualiti pendidikan bahasa serta produknya tidak sampai tahap yang boleh dibanggakan. Kadangkala, kita berhadapan dengan guru-guru yang tidak berketrampilan untuk mengajarkan bahasa Melayu terutama di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan dan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Tambahan pula, sesetengah kumpulan pendidik dan pelajar menganggap penguasaan bahasa Melayu standard tidak penting. Selain itu,  penekanan kerajaan terhadap kepentingan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan pada abad ke-21 meneguhkan sikap negatif sesetengah pihak terhadap bahasa Melayu. Namun, golongan pelajar dan pekerja yakin bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berperanan dalampembangunan sumber manusia pada abad ke-21. Justeru, penyelesaian masalah utama dalam pendidikan Melayu khususnya, dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa dan masalah kualiti bahasa Melayu yang digunakan oleh para guru dan pelajar, masalah ketrampilan guru bahasa Melayu khususnya, dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa dan masalah kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Masalah-masalah inilah yang menjadi 'duri dalam daging' dalam pendidikan bahasa Melayu, di samping masalah sikap pelajar, guru dan pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro. 



1.    Tajuk   2.   Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan

1.   Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa.Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif  dalam mencari dan mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.Selari dengan  keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan itu, bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran dan keperluan semasa.Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam konteks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa. Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam, para guru Bahasa Melayu akan dapat mendepani  segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan.Selain itu, isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan dengan kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa meminta guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik Safiah Karim (1980)

berpendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah. Jika ini berlaku, maka akan mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang benarbenar berketerampilan dari aspek penguasaan bahasanya. Lantaran
itu, lahirlah masyarakat yang makin jahil tentang bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan sendiri.Krisis identiti “Bahasa Melayu” yang mengalami “penjenamaan semula” kepada “Bahasa Malaysia” secara tidak langsung telah mengikis kewibawaan bahasa itu sendiri. Perubahan demi perubahan dari segi nama dengan mula menggunakan “Bahasa Melayu”  kemudian menggunakan “Bahasa Malaysia”; kembali menggunakan “Bahasa Melayu”  dan kini berbalik semula kepada nama “Bahasa Malaysia”, sedikit sebanyak mencemarkan imej bahasa kebangsaan ini dan mungkin mengelirukan pelajar dan masyarakat umum. Pihak berkenaan harus mengkaji semula “penjenamaan” ini bagi mengelakkan daripada mengelirukan pelajar. Persoalan yang bermain dalam minda pelajar ialah yang mana satu betul sama ada “bahasa Melayu” atau “bahasa Malaysia”Seorang pelajar pernah bertanya, adakah “kebudayaan Melayu”
itu sama dengan “kebudayaan Malaysia”? Kemudian pelajar itu sendiri yang memberikan jawapannya. Menurutnya, kebudayaan Malaysia merangkumi budaya semua kaum yang terdapat di negara ini. Justeru, ini bermakna bahasa Malaysia ialah bahasa-bahasa yang digunakan oleh semua kaum di Malaysia yang merangkumi bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu, orang Tionghoa, iaitu bahasa Mandarin dan orang India, iaitu bahasa Tamil. Justeru, dalam mendepani isu dan cabaran ini, pihak berwajib dan guru Bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu, DBP sentiasa berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar negara.  Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini.  Majlis ini merupakan sebuah majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/Asia Tenggara. Di peringkat serantau dan antarabangsa, bahasa Melayu sudah kian meluas diterima baik sebagai bidang kajian ilmiah mahupun sebagai bahasa praktis untuk urusan kehidupan.  Selain di negara induk berbahasa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam, bahasa Melayu masih ada tempatnya di Singapura dan kian meluas dipelajari dan digunakan di Thailand (khususnya Thailand Selatan), di Kemboja, di Vietnam, dan di Filipina Selatan. Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia, iaitu di benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik di peringkat kemahiran berkomunikasi mahupun di peringkat pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan penyelidikan, penerbitan, kegiatan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif hingga sasaran DBP menjadikan
bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 2020 bukanlah hal yang mustahil. Kita memerlukan keazaman politik yang tinggi dari pucuk kepemimpinan negara. Perkembangan mutakhir yang menyentuh Dasar Bahasa Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan cabaran terbesar setakat ini. Kian ternyata peralihan sedang terjadi dan bahasa Inggeris sedang mengambil tempatnya semula seperti zaman kolonial dahulu. Cabaran itu merupakan yang terbesar kerana implikasinya cukup nyata kepada segala hasil usaha perancangan bahasa kebangsaan selama hampir setengah abad dan kesan jangka panjang kepada hala tuju peradaban negara pada masa hadapan. DBP sebagai institusi perancangan bahasa kebangsaan secara langsung terbabit dalam implikasi tersebut. Oleh itu DBP harus melihat semula, memikirkan perancangan strategik dan pendekatan baru pelaksanaan fungsi-fungsi utamanya secara serius, bukan sekadar menyesuaikannya dengan situasi semasa. DBP semestinya bangkit membuktikan kerelevanan dan keupayaan misi bahasa kebangsaan itu diteruskan dan ditingkatkan.Sikap dan pendirian DBP dalam kemelut yang berkaitan dengan keputusan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan sains untuk semua peringkat sekolah adalah jelas. DBP sebagaimana juga pejuang bahasa kebangsaan tidak pernah menentang usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan mana-mana jua bahasa lain dalam kalangan pelajar. Penguasaan bahasa-bahasa lain itu, di samping penguasaan bahasa kebangsaan memang dapat membantu penguasaan ilmu dan kemahiran.  Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki kelemahan atau meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar.  Langkah itu bukan sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris pelajar, malah dikhuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran itu.  Dengan  masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkan mata-mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris, kerana mereka terlatih dalam bahasa kebangsaan sewaktu mengikuti kursus pendidikan, dan pada waktu yang sama murid dan pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam bahasa Inggeris, dapat kita ramalkan tragedi yang akan berlaku dalam konteks pencapaian pelajar, khususnya para pelajar di luar bandar. Dalam hubungan dengan nasib dan masa hadapan bahasa Melayu yang diberi fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, pengurangan peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu, kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya.  Apabila fungsi suatu
bahasa terhad pada fungsi sosialnya semata-mata, iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang ilmu, pemikiran, teknologi, ekonomi, undang-undang, dan sebagainya.  Sejarah bahasa Melayu sejak berabad-abad lalu yang menunjukkan bahawa keutuhannya bukan sahaja berasaskan peranannya sebagai lingua franca, tetapi juga pada fungsinya dalam pelbagai bidang. Rupa-rupanya kekuatan itu dinafikan kita sendiri.  Warga Malaysia asalnya mungkin berlainan akar budaya dan bahasa akibat faktor sejarah kolonialisme yang memunculkan kepelbagaian mereka. Sungguh pun begitu rakyatnya perlu mempunyai wawasan yang sama untuk membina dan membangunkan negara yang bersatu padu, penuh toleransi dan jelas citranya sebagai satu bangsa Malaysia. Semua orang tahu bahawa kita boleh bersatu melalui satu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yakni bahasa negara sendiri kerana melaluinya hubungan budaya komunikasi dan nilai dapat dikongsi bersama. Dalam batas-batas ketentuan Perlembagaan Negara, kita sudah memiliki satu Dasar Bahasa Negara. Kita perlu memahami kebebasan buat manamana kaum dan suku bangsa kita menggunakan bahasa sendiri atau dialek dalam konteks tempatan atau persendirian. Kita memiliki bahasa negara dan bahasa rasmi yang satu.


Aktiviti 3 ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


AKTIVITI 3
1.    TAJUK       : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet.    
 Pengenalan
Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet

Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

Objektif Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer

Prinsip Kod Etika

i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko




Rukun Etika

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional

i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain










Etika Penggunaan Internet (Aktiviti 3)


AKTIVITI 3
1.    TAJUK       : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet.    
 Pengenalan
Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet

Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

Objektif Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer

Prinsip Kod Etika

i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko




Rukun Etika

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional

i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain










4 WEB (AKTIVITI 2)


4  Web Berita



4 WEB BERITA
1. Tajuk : Bahasa Melayu diperkasa elak terus berkecamuk     
          /Article

Sinopsis : Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan ke arah
                   mencari kaedah terbaik bagi memantau dan memperkasakan penggunaan bahasa
                   Melayu meliputi pelbagai skop serta menjamin kedudukannya sebagai bahasa 
                  kebangsaan.

2.Tajuk : Upaya Membudaya Atau Memasyarakatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
                Kebangsaan Belum Sepenuhnya Tercapai - DBP



Sinopsis :Sesudah setengah abad merdeka, dapat dikatakan bahawa upaya
                 membudayakan atau memasyarakatkan bahasa Melayu sebagai bahasa 
                 kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa ranah-ranah (bidang) lain 
                yang menunjang kehidupan bertamadun belum sepenuh-penuhnya berhasil.


3.Tajuk : [BERITA] BAHASA INGGERIS MUNGKIN MATA PELAJARAN WAJIB

            090652283.html
Sinopsis : Cabaran besar para Guru Muda 1Malaysia harus pikul ialah mengajar dalam subjek
                   bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

4.Tajuk : Upaya Membudaya Atau Memasyarakatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa 
                 Kebangsaan Belum Sepenuhnya Tercapai - DBP
Sinopsis :Sesudah setengah abad merdeka, dapat dikatakan bahawa upaya
                 membudayakan atau memasyarakatkan bahasa Melayu sebagai bahasa     
                kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa ranah-ranah (bidang) lain 
                yang menunjang kehidupan bertamadun belum sepenuh-penuhnya berhasil.

AKTIVITI 2  - 4 WEB PEMBELAJARAN BM
1.  1.          TAJUK       :  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI INSTITUSI   
                            PENDIDIKAN TINGGI SWASTA DI NEGERI SARAWAK.
          URL       :   http://www.ukm.my/jtlhe/pdf/ZAMRI%20MS%201.pdf
       SINOPSIS: Penglibatan sektor swasta dalam membuka dan mengendalikan institusi
                           Pendidikan dapat mengurangkan pergantungan kepada kerajaan untuk  
                           menyediakan peluang-peluang pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan
                           tanggungan kerajaan membiayai pendidikan tinggi yang semakin meningkat
                           permintaannya. Bahasa Melayu mampu mengangkat martabatnya sebagai
                           penaung ilmu yang sarat.

2. 2.                            TAJUK      :  KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA 
                                MELAYU - kemahiran  mendengar....
          URL            : http://pengajian-ipg.blogspot.com/2012/05/kaedah-pengajaran-dan-  
                                pembelajaran.html
           SINOPSIS: Kaedah juga merupakan prosedur yang terdiri daripada langkah-
                              langkah dan peringkat-peringkat secara teratur dan harus diikuti
                              untuk mencapai sesuatu tujuan. Kemahiran mendengar merupakan satu
                              proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap
                              percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang
                              melibatkan proses minda atau pemikiran. 

3. 3.                      TAJUK      :  Portal Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Tingkatan 2
                URL            : http://portalbahasamelayu.fateback.com/index1.htm  
           SINOPSIS: Matlamat Pembelajaran ialah memupuk minat murid-murid dalam
                               pembelajaran Tatabaha Bahasa Melayu .

1.    4                     .TAJUK       :  Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-kanak Autisme
                 URL            : http://dwnbahasa.dbp.my/?p=66
           SINOPSIS  : Autisme berkaitan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi dalam
                                bersosial, gangguan deria, pola bermain yang berbeza dan sikap yang
                                mempengaruhi emosi, seperti hidup dalam khayalan. Oleh itu, tingkah laku
                                dan emosi kanak- kanak ini harus dilihat dari sudut positif dan elemen ini
                                harus digabungkan dalam proses pembelajaran bahasa Melayu khusus
                                untuk mereka. Gejala gangguan sosial dan kemahiran asas sosial yang
                                terdapat pada kanak-kanak autisme perlu ditangani dengan bijak.

4 Web Berkaitan Sastera/ bahasa/ seni/budaya.
1.  1                        TAJUK       :  Kesusasteraan Melayu
            URL            : http://bobezani.tripod.com/sastera.htm
           SINOPSIS   : unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu
                                 emosi,imaginasi,intelek dan teknik.

2.    2.                      TAJUK       :  BUSANA SABAH
            URL            :http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/473-
                                pakaian-kebudayaan-kaum/9777-busana-sabah.html
           SINOPSIS   : Busana tradisional menggambarkan kekayaan hasil tangan iaitu
                                 tenunan bersulam ‘linangkit’ dan kreativiti manik dan labuci serta pelbagai
                                 hiasan seperti hiasan kepala ‘sarempak’, hiasan leher ‘mandapun’,
                                 penutup kuku ‘keku’, tali pinggang berserta pending ‘ingkot pangkat’ juga
                                 selendang.

3.   3.                       TAJUK       :  Budaya

            URL            :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya
           SINOPSIS   : Kebudayaan ialah nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur
                                  kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang
                                  membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

4.    4.                      TAJUK       :  WARISAN KESENIAN MALAYSIA
            URL            : http://www-ktproject.blogspot.com/
           SINOPSIS   : Seni mempertahankan diri di negara ini ialah  Silat, Silambam dan Wushu.
                                 Seni Silat atau Pencak Silat.










Sunday, March 31, 2013

Tip Guna Enjin Carian (Aktiviti 1)


1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.
2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.
3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".
4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan
5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").
6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsiAutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti ballstestedwalking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti balltestwalk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.
8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.
9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm#ixzz2PBDERnIk
© Utusan Melayu (M) Bhd 



sumber lain:

http://www.emelaka.gov.my/my/images/akhbar/tutorial%20mencari%20maklumat%20menggunakan%20enjin%20carian%20internet.pdf

http://www.cybernetic88.com/cara-terbaik-untuk-mencari-melalui-enjin-carian.html

http://www.slideshare.net/SMKMatang/cara-penggunaan-enjin-carian

http://noramdaris485.blogspot.com/2013/03/cara-guna-enjin-carian-di-internet.html

Tuesday, March 5, 2013

GAMBAR AKTIVITI MEMBERSIHKAN SUNGAI



Berikut adalah gambar-gambar aktiviti kemasyarakatan bersama-sama bergotong-royong membersihkan sungai.

Alam Sekitar Mangsa Kerakusan Manusia

artikel ini adalah bersumberkan daripada akhbar berita harian 


Alam sekitar mangsa kerakusan manusia



Pertingkat kesedaran jaga kebersihan

Kita memasuki tahun baru ini dengan harapan alam sekitar kita secara keseluruhannya dapat dipelihara dengan lebih baik yang mana pencemaran berada pada tahap paling minimum. Persoalannya, bolehkah rakyat secara keseluruhannya mengharapkan keadaan sedemikian ini? 

Tentunya kita mahukan alam semula jadi anugerah Allah tidak berterusan terjejas hanya kerana kerakusan kita mahukan pembangunan tanpa menghiraukan kesannya ke atas alam dan persekitaran. 
Pembangunan sememangnya perlu dilaksanakan demi pertumbuhan ekonomi untuk mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat. Tetapi, tentunya ia harus dilaksanakan secara lebih prihatin dan teratur supaya alam persekitaran yang terpaksa dijejaskan berlaku pada tahap paling rendah. Malangnya, beberapa kejadian yang berlaku menjelang akhir tahun lalu menunjukkan sekali lagi bagaimana pembangunan yang tidak menepati kehendak persekitaran dan peraturan boleh membawa padah. 




Pembangunan di lereng bukit 


Kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan perumahan berterusan dan setiap kali ia berlaku, pihak berwajib akan menubuhkan jawatankuasa atau pasukan petugas untuk mengkaji apa yang berlaku dan mahu memastikan ia tidak akan berulang. 

Sudah banyak kejadian tanah runtuh berlaku dalam negara ini dan sudah banyak pasukan petugas ditubuhkan. Malangnya, pembangunan di lereng bukit dan di atas bukit berterusan dilaksanakan tanpa mengendahkan pelbagai peraturan ditetapkan. 
Pihak berwajib juga berterusan memberikan permit membenarkan pembangunan demikian. Nampaknya, kita masih tidak mahu belajar atau mengambil iktibar daripada pelbagai kejadian tanah runtuh demikian. 

Tentunya tanah runtuh di Bukit Setiawangsa di Kuala Lumpur minggu lalu bukan yang terakhir berlaku jika dilihat dari pembangunan di lereng bukit dan di atas bukit yang berterusan di mana-mana, termasuk di Pulau Pinang dan di Taman Templer. Apa agaknya yang mendorong kita mahukan rumah di lereng bukit atau di puncak bukit? 

Demikian juga sikap kita terhadap sungai yang berterusan dilanda pencemaran. Sudah berapa banyak sungai kita yang mati dan tidak lagi berfungsi seperti ditetapkan alam. 


Kempen ratusan juta ringgit 


Pelbagai usaha dan kempen yang membabitkan perbelanjaan ratusan juta ringgit untuk membersihkan sungai kita di seluruh negara yang sudah pun dilaksanakan. Tetapi hasilnya tetap tidak boleh dibanggakan kerana lebih 1,000 sungai dalam negara ini berterusan menghadapi ancaman pencemaran gara-gara tindakan dan sikap kita. 

Walaupun sudah ramai rakyat sedar pentingnya persekitaran, khususnya sungai kita dapat dipelihara baik, sikap kita terhadap sungai tetap tidak berubah. Majoriti rakyat berterusan menganggapnya sebagai tempat membuang sampah. 

Ramai juga tidak mengambil kisah bahawa segala macam benda buangan dan cucian dari dapur akhirnya mengalir melalui parit dan pelbagai saluran lain ke dalam sungai. 

Hal ini berlaku bukan saja di rumah tetapi pelbagai macam sisa buangan, termasuk sisa kimia dan toksik dari pelbagai kilang serta premis perniagaan dan perdagangan, termasuk bengkel baiki kereta semuanya akan berakhir memasuki sungai kita. 

Bahkan bangkai babi pun pernah dibuang penternak yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai seperti berlaku dekat Batang Berjuntai dan di Sungai Sepang ketika penternakan haiwan itu berleluasa di Bukit Pelandok, Tanah Merah Estate, Batu Dua Sepang dan Sungai Pelek. 


Punca utama pencemaran 


Tiga punca utama pencemaran sungai ialah sampah sarap, sisa biologi aktiviti penternakan serta buangan domestik dan bahan kimia daripada sisa industri. 

Faktor lain yang menambah buruk lagi pencemaran sumber air itu ialah kepesatan pembangunan, pertambahan penduduk dan sikap masyarakat yang tidak mengambil berat aktiviti mereka yang boleh mengganggu keseimbangan alam sekitar. 

Oleh itu, tidak menghairankan kenapa keadaan sungai kita berterusan bertambah buruk dan banyak sungai yang mati yang mana airnya sudah tidak lagi boleh mengalir dan menjadi busuk. 
Dua kempen besar-besaran sudah pun dilaksanakan sejak 1993 dengan kempen ‘Cintai Sungai Kita’ dan dikuatkan lagi dengan satu lagi kempen ‘Satu Sungai Satu Negeri’ untuk membersihkan sebuah sungai dalam sebuah negeri pada 1997. 


Tingkatkan kesedaran masyarakat 


Malangnya, selepas berlangsung selama dua dasawarsa dan berjuta-juta ringgit dibelanjakan, apakah hasilnya? Kini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang merancang untuk mengadakan satu lagi kempen dalam usaha berterusannya untuk memelihara sistem sungai dalam negara. 

Sebenarnya yang penting ialah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya kebersihan sistem saliran dipelihara. Malangnya, ramai tidak sedar kebanyakan sungai di negara ini berdepan pencemaran teruk dengan kebanyakan punca daripada sikap dan aktiviti harian manusia yang tanpa segan silu menjadikan sungai sebagai ‘lebuh raya’ sampah hingga mengganggu keseluruhan sistem ekologi. 

Penulis ialah Felo Kanan di UKM