AKTIVITI
5
3
Posting Berkaitan Pendidikan Bahasa
1. Tajuk
: Pendidikan Bahasa Melayu: Antara
Hasrat dengan Perlaksanaan. 2002.
ISBN 967-942-588-6.
64 hlm.
Abstrak
Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada empat dekad. Selama itu pihak kerajaan dan pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Namun demikian pelaksanaan dasar bagi merealisasikan matlamat tidak berjalan dengan licin. Ini kerana hasrat yang telah dipersetujui dalam dasar dan akta terpaksa diubah suai dan dilaksanakan mengikut tuntutan semasa, sehingga para pengkaji dan pengamal dasar berada dalam keadaan keliru. Para pengamal dasar pula mendapati kelemahan-kelemahan tertentu yang sukar di atasi pada peringkat pelaksanaan. Pembentangan ini cuba meneliti hasrat dasar bahasa yang terkandung dalam Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan kemudian menilai sejauh mana pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu dapat merealisasikan hasrat tersebut. Skoppembentangan ini terbatas kepada tiga persoalan utama. Pertama, apakah hasrat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Bahasa Kebangsaan yang terkandung dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia? Kedua, sejauh manakah Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan bahasa Melayu dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan yang merangkumi zaman awal pascakemerdekaan, zaman reformasi pendidikan, dan era globalisasi dan teknologi maklumat memenuhi hasrat tersebut? Ketiga, apakah agenda pendidikan bahasa Melayu yang masih belum selesai dan perlu dijadikan agenda penting pada abad ke-21 bagi memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar ilmu dan pembina tamadun bangsa? Kerangka teori jurang digunakan sebagai panduan bagi membincangkanperbezaan antara hasrat dan pelaksanaan dasar serta mengenal pasti keperluan yang wajar dipenuhi bagi memastikan matlamat dasartercapai.
Hasil penelitian menunjukkan bahawa hasrat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia ialah: bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan pengantar utama dalam sistem pendidikan.
Namun, dalam pelaksanaan dasar sejak zaman selepas merdeka hingga masa kini, pencapaian pelaksanaan tidak selaras dengan hasratnya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa terdapat jurang antara hasrat dengan pelaksanaan dasar di institusi pendidikan awam dan swasta. Kualiti pendidikan bahasa serta produknya tidak sampai tahap yang boleh dibanggakan. Kadangkala, kita berhadapan dengan guru-guru yang tidak berketrampilan untuk mengajarkan bahasa Melayu terutama di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan dan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Tambahan pula, sesetengah kumpulan pendidik dan pelajar menganggap penguasaan bahasa Melayu standard tidak penting. Selain itu, penekanan kerajaan terhadap kepentingan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan pada abad ke-21 meneguhkan sikap negatif sesetengah pihak terhadap bahasa Melayu. Namun, golongan pelajar dan pekerja yakin bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berperanan dalampembangunan sumber manusia pada abad ke-21. Justeru, penyelesaian masalah utama dalam pendidikan Melayu khususnya, dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa dan masalah kualiti bahasa Melayu yang digunakan oleh para guru dan pelajar, masalah ketrampilan guru bahasa Melayu khususnya, dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa dan masalah kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Masalah-masalah inilah yang menjadi 'duri dalam daging' dalam pendidikan bahasa Melayu, di samping masalah sikap pelajar, guru dan pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro.

1. Tajuk 2. Isu dan Cabaran Bahasa
Melayu dalam Pendidikan
1. Dunia era globalisasi kini
memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi
maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan
sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa
bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu
dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia
semasa.Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah
menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia
ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu
serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi
menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu
kreatif dan inovatif dalam mencari dan
mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang
sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan
kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar
tidak menimbulkan konflik lain.Selari dengan
keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa
kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa
Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan
itu, bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran dan keperluan
semasa.Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya
pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan
menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Keadaan ini memerlukan guru
menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Dalam konteks ini guru perlu mendalami ilmu
bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa. Dengan
pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam, para guru Bahasa Melayu
akan dapat mendepani segala cabaran
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi
pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan.Selain
itu, isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan dengan kekurangan guru
opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa meminta guru
bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik Safiah Karim
(1980)
berpendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa
Melayu dengan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah.
Jika ini berlaku, maka akan mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang
benarbenar berketerampilan dari aspek penguasaan bahasanya. Lantaran
itu sama dengan “kebudayaan Malaysia”?
Kemudian pelajar itu sendiri yang memberikan jawapannya. Menurutnya, kebudayaan
Malaysia merangkumi budaya semua kaum yang terdapat di negara ini. Justeru, ini
bermakna bahasa Malaysia ialah bahasa-bahasa yang digunakan oleh semua kaum di
Malaysia yang merangkumi bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu, orang
Tionghoa, iaitu bahasa Mandarin dan orang India, iaitu bahasa Tamil. Justeru,
dalam mendepani isu dan cabaran ini, pihak berwajib dan guru Bahasa Melayu
harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang
getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang
lebih tinggi.
Sebagai institusi pemegang amanah
membina dan mengembangkan bahasa Melayu, DBP sentiasa berikhtiar meningkatkan
penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar negara. Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu
(MABM) dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini. Majlis ini merupakan sebuah majlis yang
menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek pengajaran
dan pemelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama antarabangsa
dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/Asia Tenggara. Di
peringkat serantau dan antarabangsa, bahasa Melayu sudah kian meluas diterima
baik sebagai bidang kajian ilmiah mahupun sebagai bahasa praktis untuk urusan
kehidupan. Selain di negara induk
berbahasa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam, bahasa Melayu
masih ada tempatnya di Singapura dan kian meluas dipelajari dan digunakan di
Thailand (khususnya Thailand Selatan), di Kemboja, di Vietnam, dan di Filipina
Selatan. Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di
dunia, iaitu di benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu
dipelajari baik di peringkat kemahiran berkomunikasi mahupun di peringkat
pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan penyelidikan, penerbitan,
kegiatan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu
sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif hingga sasaran DBP menjadikan
No comments:
Post a Comment