AKTIVITI
3
1. TAJUK :
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet.
Pengenalan
Etika komputer umumnya adalah satu
bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak
peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian
adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era
maklumat.
Memuat turun garis panduan dan etika
penggunaan internet
Garis panduan dan etika penggunaan
internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.
Objektif
Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu
etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional
Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika
profesional
v. Keperluan etika komputer
Prinsip
Kod Etika
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa
Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang
menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan
dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan
mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti
dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar
manfaat yang diterima lebih daripada risiko
Rukun Etika
i. Tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer
orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail
komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk
mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk
menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin
perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada
komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil
intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program
atau sistem yang dibangunkan.
Kerangka
Kod Profesional
i. Mengelakkan kemusnahan dan
kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat
seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap
rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian
orang lain
No comments:
Post a Comment