Wednesday, May 1, 2013

 


TAJUK: ETIKA PENGGUNAAN INTERNET.
DISEDIAKAN OLEH:
HALIMAH BINTI AHMAD TAJUDDIN
7109065316

PENGENALAN

1.       Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas.
2.       Oleh itu, perlindungan keselamatan yang baik dan selamat perlu dilaksanakan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.

TUJUAN
Tujuan etika penggunaan internet untuk meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dan menggurangkan risiko gangguan operasi internet.

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
1.       OBJEKTIF
2.       PRINSIP
3.       TATACARA PENGGUNAAN INTERNET
4.       PELANGGARAN TATACARA PENGGUNAAN
5.       ETIKA INTERNET
6.       RUKUN ETIKA
7.       MASALAH MORAL DAN ETIKA
8.       KOD ETIKA
9.       CIRI-CIRI PROFESIONALISME
10.   KOD ETIKA PROFESIONALISME 





OBJEKTIF
►►    Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer.
 ►►    Memahami prinsip etika komputer.  
 ►►    Memahami etika profesional teknologi maklumat.
 ►►    Mengetahui fungsi etika profesional penggunaan
             komputer.
 ►►    Keperluan etika komputer.

PRINSIP ETIKA INTERNET
   Keseimbangan.
n  Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat adalah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
     Keizinan termaklum
n  Pengguna seharusnya bersedia menerima risiko apabila menggunakan teknologi maklumat.
     Keadilan
n  Manfaat dan keburukan penggunaan teknologi maklumat seharusnya diagih secara adil. Sekiranya terdapat risiko maka kedua-dua pihak menerimanya dengan adil.
     Meminimumkan risiko

               Risiko hendaklah diminimumkan agar mendapat manfaat yang lebih daripada risikonya. 


TATACARA PENGGUNAAN INTERNET
  Hak akses pengguna.
n  Hak akses hendaklah dilihat sebagai kemudahan yang disediakan bagi membantu melicinkan pentadbiran.
   Privasi pengguna
n  Pengguna harus menghormati privasi pengguna lain supaya tidak menimbulkan sebarang gangguan kepada pengguna lain seperti memecah masuk kata laluan dan mengubah perisian tanpa kebenaran.
   Mengenal pasti Identiti pengguna
n  Pengguna harus mengenalpasti identiti pengguna lain semasa berkomunikasi agar melindungi maklumat daripada penyalahgunaan.
   Memilih laman
n  Pengguna perlu melayani laman yang berkaitan dengan bidang kerja dan tujuan yang dibenarkan.
n  Pengesahan maklumat
     Rujukan sumber internet perlu dinyatakan bagi  
            Menentukan kesahihan dan ketetapan bahan yang diperolehi.
   Muat naik bahan.
           Pengesahan Ketua Jabatan amat penting bagi bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke  
              internet.
   Muat turun bahan (Download)
          Bahan yang sah sahaja yang dibenarkan dimuat turun  daripada internet dan bahan yang   
            dimuat    turun haruslah digunakan bagi tujuan kebaikan.

PELANGGARAN TATACARA PENGGUNAAN
1.       Merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses  pengguna lain tanpa kebenaran.   
2.       Menyimpan dan mengguna perisian tidak berlesen
3.       Menyedia dan menghantar maklumat secara berulang-ulang
4.       Menyimpan dan menyebarkan material, imej dan bahan berunsur lucah,ganas dan berbaur perkauman.
5.       Menfitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuh imej kerajaan.
6.       Penyebaran gambar atau teks yang bercorak penentaangan yang boleh membawa keadaan huru hara dan menakutkan pengguna lain.  
Mengubah  konfigurasi komputer tanpa kelulusan Ketua Jabatan bagi capaian internet



ETIKA INTERNET
n      Etika komputer umumnya satu bidang tentang penggunaan komputer yang betul. Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah isu yang membabitkan penggunaan internet.

RUKUN ETIKA
 1.  Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang.
 2.  Tidak mengganggu kerja orang lain.
 3.  Tidak menceroboh fail komputer orang lain.
 4.  Tidak mengguna komputer untuk mencuri dan menipu.
 5.  Tidak mengguna dan menyalin perisian yang dibeli secara sah.
 6.  Tidak mengguna sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
 7.  Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri  sendiri.

  

KOD ETIKA
 Inspirasi dan panduan
  Pencegahan dan disiplin.
  Memelihara maruah profesion.
  Memelihara keharmonian.
  Sokongan. 

KOD ETIKA PROFESIONALISME
n  Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada pengguna internet contoh penyebaran virus.
n  Menyumbang kreativiti atau produk kepada masyarakat  bagi memudahkan penggunaan internet.
n  Bersikap adil dan tidak menindas.
n  Menghormati hak cipta orang lain.
n  Menghormati hak kebersendirian  pengguna lain.
n  Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya kepada pengguna yang lain.

CIRI-CIRI PROFESIONALISME
1.Semasa menjalankan tugas, keupayaan dan kebolehan amat dititikberatkan.
2. Harus ada perkhidmatan yang penting dan matlamat yang jelas untuk negara dan masyarakat.  
3.Setiap anggota dalam kumpulan profesional mestilah bertatasusila dalam melaksanakan   
    perkhidmatan.
4. Mementingkan kualiti perkhidmatan semasa menjalankan tugas.

 MASALAH MORAL DAN ETIKA
    ●  Virus
        Penyebaran virus menyebabkan kerosakan data, sistem, dan perisian maklumat.
   ●    Penyalahgunaan internet
        Para remaja banyak menyalahgunakan internet.
    ●  Perisian cetak rompak       
        Maklumat yang diperolehi tidak mendapat kebenaran daripada pemilik asal.
    ● Hak cipta
        Muat turun sebarang perisian adalah salah di sisi undang-undang hak cipta.

KESIMPULAN
n  Secara kesimpulannya, etika penggunaan internet amat penting bagi menjaga dan memelihara serta garis panduan kepada pengguna bagi menghormati hak-hak pengguna internet yang lain. Selain itu, dapat menjaga keharmonian masyarakat dan negara yang tercinta. Justeru itu, mutu perkhidmatan juga dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi keperluan pengguna internet. Malahan pengguna internet dapat banyak manfaat daripada keburukan penggunaan internet. 







                   


 MATLAMAT DAN TUJUAN BLOG.


1. Penglahiran idea yang dikongsi di alam maya bagi menjana idea pembaca.

2. Satu wadah untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan.

3. Meningkatkan minat untuk mencipta bahan bantu mengajar yang berbentuk interaktif.

4. Menjana kreativiti guru dalam membina alat bantu mengajar yang lebih berkesan dan  berinovatif.

5. Menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan efektif.

Tuesday, April 9, 2013

Pendidikan Bahasa ( Aktiviti 5)



AKTIVITI 5
3 Posting Berkaitan Pendidikan Bahasa
1.      Tajuk   : Pendidikan Bahasa Melayu:  Antara Hasrat dengan Perlaksanaan.  2002. 
                      ISBN 967-942-588-6.  64 hlm.  
Abstrak   
Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada empat dekad. Selama itu pihak kerajaan dan pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Namun demikian pelaksanaan dasar bagi merealisasikan matlamat tidak berjalan dengan licin. Ini kerana hasrat yang telah dipersetujui dalam dasar dan akta terpaksa diubah suai dan dilaksanakan mengikut tuntutan semasa, sehingga para pengkaji dan pengamal dasar berada dalam keadaan keliru. Para pengamal dasar pula mendapati kelemahan-kelemahan tertentu yang sukar di atasi pada peringkat pelaksanaan. Pembentangan ini cuba meneliti hasrat dasar bahasa yang terkandung dalam Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan kemudian menilai sejauh mana pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu dapat merealisasikan hasrat tersebut. Skoppembentangan ini terbatas kepada tiga persoalan utama. Pertama, apakah hasrat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Bahasa Kebangsaan yang terkandung dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia? Kedua, sejauh manakah Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan bahasa Melayu dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan yang merangkumi zaman awal pascakemerdekaan, zaman reformasi pendidikan, dan era globalisasi dan teknologi maklumat memenuhi hasrat tersebut? Ketiga, apakah agenda pendidikan bahasa Melayu yang masih belum selesai dan perlu dijadikan agenda penting pada abad ke-21 bagi memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar ilmu dan pembina tamadun bangsa? Kerangka teori jurang digunakan sebagai panduan bagi membincangkan perbezaan antara hasrat dan pelaksanaan dasar serta mengenal pasti keperluan yang wajar dipenuhi bagi memastikan matlamat dasartercapai.  

Hasil penelitian menunjukkan bahawa hasrat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia ialah: bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan pengantar utama dalam sistem pendidikan.  
Namun, dalam pelaksanaan dasar sejak zaman selepas merdeka hingga masa kini, pencapaian pelaksanaan tidak selaras dengan hasratnya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa terdapat jurang antara hasrat dengan pelaksanaan dasar di institusi pendidikan awam dan swasta. Kualiti pendidikan bahasa serta produknya tidak sampai tahap yang boleh dibanggakan. Kadangkala, kita berhadapan dengan guru-guru yang tidak berketrampilan untuk mengajarkan bahasa Melayu terutama di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan dan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Tambahan pula, sesetengah kumpulan pendidik dan pelajar menganggap penguasaan bahasa Melayu standard tidak penting. Selain itu,  penekanan kerajaan terhadap kepentingan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan pada abad ke-21 meneguhkan sikap negatif sesetengah pihak terhadap bahasa Melayu. Namun, golongan pelajar dan pekerja yakin bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berperanan dalampembangunan sumber manusia pada abad ke-21. Justeru, penyelesaian masalah utama dalam pendidikan Melayu khususnya, dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa dan masalah kualiti bahasa Melayu yang digunakan oleh para guru dan pelajar, masalah ketrampilan guru bahasa Melayu khususnya, dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa dan masalah kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Masalah-masalah inilah yang menjadi 'duri dalam daging' dalam pendidikan bahasa Melayu, di samping masalah sikap pelajar, guru dan pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro. 


Sumber: http://www.ukm.my/penerbit/f588-6.html.


1.    Tajuk     : Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan
Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa.Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif  dalam mencari dan mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.Selari dengan  keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan itu, bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran dan keperluan semasa.Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam konteks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa. Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam, para guru Bahasa Melayu akan dapat mendepani  segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan.Selain itu, isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan dengan kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa meminta guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik Safiah Karim (1980) berpendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah. Jika ini berlaku, maka akan mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang benarbenar berketerampilan dari aspek penguasaan bahasanya. Lantaran
itu, lahirlah masyarakat yang makin jahil tentang bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan sendiri.Krisis identiti “Bahasa Melayu” yang mengalami “penjenamaan semula” kepada “Bahasa Malaysia” secara tidak langsung telah mengikis kewibawaan bahasa itu sendiri. Perubahan demi perubahan dari segi nama dengan mula menggunakan “Bahasa Melayu”  kemudian menggunakan “Bahasa Malaysia”; kembali menggunakan “Bahasa Melayu”  dan kini berbalik semula kepada nama “Bahasa Malaysia”, sedikit sebanyak mencemarkan imej bahasa kebangsaan ini dan mungkin mengelirukan pelajar dan masyarakat umum. Pihak berkenaan harus mengkaji semula “penjenamaan” ini bagi mengelakkan daripada mengelirukan pelajar. Persoalan yang bermain dalam minda pelajar ialah yang mana satu betul sama ada “bahasa Melayu” atau “bahasa Malaysia”Seorang pelajar pernah bertanya, adakah “kebudayaan Melayu”
itu sama dengan “kebudayaan Malaysia”? Kemudian pelajar itu sendiri yang memberikan jawapannya. Menurutnya, kebudayaan Malaysia merangkumi budaya semua kaum yang terdapat di negara ini. Justeru, ini bermakna bahasa Malaysia ialah bahasa-bahasa yang digunakan oleh semua kaum di Malaysia yang merangkumi bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu, orang Tionghoa, iaitu bahasa Mandarin dan orang India, iaitu bahasa Tamil. Justeru, dalam mendepani isu dan cabaran ini, pihak berwajib dan guru Bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu, DBP sentiasa berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar negara.  Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini.  Majlis ini merupakan sebuah majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/Asia Tenggara. Di peringkat serantau dan antarabangsa, bahasa Melayu sudah kian meluas diterima baik sebagai bidang kajian ilmiah mahupun sebagai bahasa praktis untuk urusan kehidupan.  Selain di negara induk berbahasa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam, bahasa Melayu masih ada tempatnya di Singapura dan kian meluas dipelajari dan digunakan di Thailand (khususnya Thailand Selatan), di Kemboja, di Vietnam, dan di Filipina Selatan. Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia, iaitu di benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik di peringkat kemahiran berkomunikasi mahupun di peringkat pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan penyelidikan, penerbitan, kegiatan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif hingga sasaran DBP menjadikan
bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 2020 bukanlah hal yang mustahil. Kita memerlukan keazaman politik yang tinggi dari pucuk kepemimpinan negara. Perkembangan mutakhir yang menyentuh Dasar Bahasa Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan cabaran terbesar setakat ini. Kian ternyata peralihan sedang terjadi dan bahasa Inggeris sedang mengambil tempatnya semula seperti zaman kolonial dahulu. Cabaran itu merupakan yang terbesar kerana implikasinya cukup nyata kepada segala hasil usaha perancangan bahasa kebangsaan selama hampir setengah abad dan kesan jangka panjang kepada hala tuju peradaban negara pada masa hadapan. DBP sebagai institusi perancangan bahasa kebangsaan secara langsung terbabit dalam implikasi tersebut. Oleh itu DBP harus melihat semula, memikirkan perancangan strategik dan pendekatan baru pelaksanaan fungsi-fungsi utamanya secara serius, bukan sekadar menyesuaikannya dengan situasi semasa. DBP semestinya bangkit membuktikan kerelevanan dan keupayaan misi bahasa kebangsaan itu diteruskan dan ditingkatkan.Sikap dan pendirian DBP dalam kemelut yang berkaitan dengan keputusan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan sains untuk semua peringkat sekolah adalah jelas. DBP sebagaimana juga pejuang bahasa kebangsaan tidak pernah menentang usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan mana-mana jua bahasa lain dalam kalangan pelajar. Penguasaan bahasa-bahasa lain itu, di samping penguasaan bahasa kebangsaan memang dapat membantu penguasaan ilmu dan kemahiran.  Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki kelemahan atau meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar.  Langkah itu bukan sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris pelajar, malah dikhuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran itu.  Dengan  masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkan mata-mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris, kerana mereka terlatih dalam bahasa kebangsaan sewaktu mengikuti kursus pendidikan, dan pada waktu yang sama murid dan pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam bahasa Inggeris, dapat kita ramalkan tragedi yang akan berlaku dalam konteks pencapaian pelajar, khususnya para pelajar di luar bandar. Dalam hubungan dengan nasib dan masa hadapan bahasa Melayu yang diberi fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, pengurangan peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu, kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya.  Apabila fungsi suatu
bahasa terhad pada fungsi sosialnya semata-mata, iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang ilmu, pemikiran, teknologi, ekonomi, undang-undang, dan sebagainya.  Sejarah bahasa Melayu sejak berabad-abad lalu yang menunjukkan bahawa keutuhannya bukan sahaja berasaskan peranannya sebagai lingua franca, tetapi juga pada fungsinya dalam pelbagai bidang. Rupa-rupanya kekuatan itu dinafikan kita sendiri.  Warga Malaysia asalnya mungkin berlainan akar budaya dan bahasa akibat faktor sejarah kolonialisme yang memunculkan kepelbagaian mereka. Sungguh pun begitu rakyatnya perlu mempunyai wawasan yang sama untuk membina dan membangunkan negara yang bersatu padu, penuh toleransi dan jelas citranya sebagai satu bangsa Malaysia. Semua orang tahu bahawa kita boleh bersatu melalui satu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yakni bahasa negara sendiri kerana melaluinya hubungan budaya komunikasi dan nilai dapat dikongsi bersama. Dalam batas-batas ketentuan Perlembagaan Negara, kita sudah memiliki satu Dasar Bahasa Negara. Kita perlu memahami kebebasan buat manamana kaum dan suku bangsa kita menggunakan bahasa sendiri atau dialek dalam konteks tempatan atau persendirian. Kita memiliki bahasa negara dan bahasa rasmi yang satu.


1.    Tajuk :Fungsi Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan
Oleh ROHAIDAH MASHUDI dan J. SHAM WAHID
Apabila Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini mewajibkan kesemua 65 ribu orang pelajar asing yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia agar mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, kalangan pejuang bahasa menganggapnya sebagai langkah meletakkan semula kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pengajian tinggi di negara ini.
Dengan mewajibkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di negara ini bolehlah mereka memahami budaya setempat dengan lebih baik dan sekali gus mengembangkan dan menambah bilangan penutur bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.
Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.
Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.




Thursday, April 4, 2013

Refleksi (Aktiviti 4)





REFLEKSI (Aktiviti 4)
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus yang diberikan kepada saya. Pada hari pertama saya mendapat tugasan ini, terus terang saya katakan, saya tidak dapat bayangkan langsung bagaimana cara untuk menyiapkan kerja kursus  ini. Setelah menerima  penerangan dan bimbingan yang diberikan oleh En. Bukhari bin Shafie, saya mula mendapat keyakinan untuk melaksanakan tugasan ini.
            Setelah mendapat pendedahkan mengenai internet yang telah diberikan semasa kuliah maka saya sedaya upaya cuba memahaminya. Kata bijak pandai, usia bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan tetapi semangat, keazaman dan usaha merupakan benteng bagi mencipta kejayaan. Secara jujurnya saya katakan bahawa saya sememangnya tidak memahami dan mengetahui lebih mendalam mengenai internet  malahan untuk mencipta sesuatu yang baharu merupakan suatu yang diluar  jangkaan saya sama sekali. Oleh itu, saya perlu meningkatkan usaha untuk mencari bahan-bahan ilmiah berkaitan internet.
Apabila saya diberi pendedahan mencipta blog oleh pensyarah maka saya bertekal untuk mencipta blog saya sendiri.yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini.  Seterusnya, saya  melayani  internet untuk mendapat info mencipta blog selain buku rujukan. Walaupun sukar mendapat maklumat daripada jaringan jalur lebar di kawasan saya tetapi atas nasihat dan bimbingan rakan-rakan setugas , saya berjaya mencipta blogs saya sendiri.
             Malahan pakar ICT di sekolah tempat saya berkhidmat banyak membantu. Ini telah meringankan bebanan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan oleh beliau amat saya hargai.



            . Selain beliau, Cik Saadiah bt Md Saad juga turut membantu saya dengan menerangkan cara-cara mengaplikasikan bahan-bahan yang dikehendaki dalam blog serta cara-cara melihat kembali hasil tugasan saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada beliau.
Apabila saya melaksanakan tugasan ini, maka saya kembali sedar betapa pentingnya peranan internet kepada manusia. Arus pemodenan mengajak para guru meneroka dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik melalui jalur lebar. Oleh itu, para guru perlu lebih berkeyakinan dalam penghasilan bahan–bahan atau karya yang berkualiti dan proses pengajaran akan lebih menarik dan menyeronokan.  Justeru itu, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan guru perlu bergerak ke hadapan dan landasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang kualiti.
Selain itu, tugasan ini juga telah memberi banyak  pengetahuan yang amat berguna kepada saya dan ribuan kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya menghasilkan tugasan ini.

Tuesday, April 2, 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan (Aktiviti 7)

       
        AKTIVITI 7
1.    Tajuk: Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajiansemula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usahamembangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaantelah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat,peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadapdasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaankajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumberseperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dariUNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam.Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa,orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan PembangunanPendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikanMalaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau danmembandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negarapada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik danoperasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yangdihasratkan. Usaha yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan mendapatkanmaklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komunitisebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012

Sumber:http://www.scribd.com/doc/105560996/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.




2.    Taj                       Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

RINGKASAN UNTUK PENEMPATAN GURU

Demografi Profesion Keguruan

Sepanjang satu dekad yang lepas, Kementerian secara tekal telah meningkatkan saiz tenaga kerja keguruan bagi mengecilkan nisbah murid-guru. Hasilnya nisbah tersebut kini berada pada kadar 13:1 iaitu lebih rendah secara signifikan daripada sistem yang berprestasi tinggi seperti Singapura (16:1) dan Korea Selatan (20:1), malahan juga lebih rendah daripada purata OECD (16:1). Kini, dengan bilangan 410,000 orang guru, Malaysia merupakan satu daripada sistem pendidikan yang mempunyai nisbah murid-guru paling kecil di dunia. Pengembangan saiz tenaga kerja ini telah menyebabkan profesion keguruan mempunyai guru yang agak muda. Hampir dua pertiga daripada keseluruhan guru berada pada umur bawah 40 tahun. Implikasinya hampir 60% daripada guru kini akan terus mengajar dalam tempoh 20 tahun akan datang, manakala 50% daripada guru pula akan terus berkhidmat sehingga 30 tahun akan datang. Dari segi komposisi demografi, profesion keguruan tidak mencerminkan populasi Malaysia. Khususnya dari segi bilangan guru lelaki dan komposisi etnik minoriti dalam profesion ini tidak seperti yang dihasratkan.

Pemilihan Guru

Sistem pendidikan di Malaysia menarik minat banyak pemohon untuk menyertai program latihan perguruan. Nisbah pemohon-tempat adalah sangat tinggi, iaitu 38:1 bagi tempat yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG). Nisbah ini melebihi nisbah sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti di Singapura, di Korea Selatan dan di Finland (Ekshibit 5-3). Keadaan ini merupakan petanda positif kerana terdapat minat yang meluas untuk menyertai profesion keguruan.

Sumber:http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/09/ringkasan-untuk-penempatan-guru-pelan.html




AKTIVITI 6
Motivasi atau Takzirah
1.    Tajuk : Motivasi Berterusan
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu
'KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam binalah bangunan hidupmu buat hari esok letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam, ukirkan menara-menara yang hebat, bagi membenam lembah-lembah air mata kehampaan. Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang. Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan, Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.
Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia 
( Al-Mu’minun :1-3 )
Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda
(Hadis Nabi)
Penawar yang paling mujarab ialah rajin
(Iman Ghazali 1058 - 1111)
Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa
terlalu banyak yang aku tidak tahu
(Iman Syafie 767 – 820 m )
Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit
(Soekarno 1901 – 1970)
Demi kejayaan rebutlah lima masa;
Mudamu sebelum tua,
Sihatmu sebelum sakit,
Kayamu sebelum fakir,
Lapangmu sebelum sibuk,
Hidupmu sebelum mati
(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 – 256 H)
Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur
(Iman Syafie 767 – 820 M)
Tanpa disiplin yang tinggi seseorang itu terdedah kepada penyimpangan matlamat
(Tun Hussein Onn 1922 – 1990 )
Rahsia kejayaan ialah ketekalan tujuan
(Benjamin Disraeli 1804 – 1881)
Take a moment now to dream and to think what you really want for your life
(Anthony Robbins 1986 - )
Tidak ada yang mustahil bagi yang berani mencuba
(Iskandar Zulkarnain 356 – 323 sm)
Jika matlamat anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah
(Lao Tzu 604 – 531 sm)
Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia ; berfikir tanpa belajar adalah berbahaya
(Confucius 551-479 sm)
Orang yang menyisihkan diri daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan.
Pergaulan itu mencerdaskan dan menajamkan ingatan
(Aristotle)
Tidak cukup mempunyai minda yang baik yang penting menggunakannya dengan baik
(Rene Descartes 1596 – 1650)
Tiada hari yang terlalu panjang bagi mereka yang suka bekerja
( Seneca Pujangga Rom )
Reading to the mind what exercise is to the body
(Sir Richard Steele 1672 – 1729)
Jangan biarkan ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan
( Aminuddin Baki )
Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai
(Marcus Tullius Cicero 106 – 42 sm)
Setiap kerja yang besar itu pada mulanya adalah mustahil
(Thomas Carlyle)
Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa yang dibaca akan memerintah dunia (Napoleon Bonaparte 1769 – 1821)
Minda yang kerdil umpama pokok yang kerdil tidak boleh berbuah dan berbunga
(Prof Diraja Ungku Aziz 1992 )
Lebih baik mencucuh sebatang lilin daripada mengutuk kegelapan
(Peribahasa Cina)
Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan
(Brooker T. Washington 1856 – 1915)
Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal
(Dr Mahathir Mohamad 1925 - )
Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat
(H.W. Longfellow 1807 – 1882 )
Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis
(Aristotle 384 – 322 sm)
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
(Pepatah Melayu )
"Jangan berasa rugi hari ini kerana mengeluarkan sedikit modal tetapi anda pandanglah keuntungan besar yang anda akan kecapi esok hari "
"Setiap idea yang buruk akan menjadi terbaik jika diusahakan "
" Kebanyakan orang gagal bukan disebabkan kegagalan itu sendiri tetapi disebabkan
mereka takut gagal "
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir
Kemakmuran dan kesejahteraan hidup akan tercapai apabila manusia menggunakan
segala tenaga yang dibekalkan itu dengan niat yang betul dan dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariat, maka ianya menjadi ibadat.
Dengan demikian manusia bukan sahaja akan menikmati manfaat di dunia bahkan mendapat balasan yang kekal di akhirat. Manusia seperti ini merupakan makhluk yang menghuni syurga yang mendapat dua hasanah – hasanah di dunia dan hasanah di akhirat


2.    Tajuk : Motivasi Pelajar Cemerlang Oleh Dr. Shukri Abdullah
INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN
1.    Kejayaan saya di masa depan,ditentukan oleh tindakan saya sekarang, bukan prestasi saya masa lalu.
2.    Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya. Ya, saya sendiri bukannya orang lain.
3.    Saya boleh pilih untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semua terletak ke atas saya.
4.    Ibu bapa, guru dan rakan-rakan hanya boleh membantu tetapi saya kena berusaha bersungguh-sungguh.
5.    Sama ada saya mahu membuka pintu kecemerlangan seluas-luasnya atau tidak terletak ke atas diri saya sendiri.
6.    Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja bodoh.
7.    Pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan anda.
8.    Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal mencari alas an.
9.    Selagi aku berusaha, selagi itulah aku berpeluang untuk berjaya.
10.  Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak saya berkorban, maka lagi baiklah peluang saya untuk berjaya.
11.  Biarlah sakit untuk mendisiplinkan diri daripada sakit menyesal.
12.  Pelajar cemerlang – Faham sepenuhnya.
Pelajar sederhana – Faham sebahagian sahaja
Pelajar lemah – banyak yang tidak faham.
13.  Perbezaan utama di antara pelajar cemerlang, sederhana dan lemah ialah DARJAH KEFAHAMAN sesuatu tajuk atau subjek yang dipelajari.
14.  Rahsia kejayaan pelajar sekolah :FAHAM APA YANG DIAJAR DAN APA YANG DIPELAJARI DI RUMAH.
15.  Tidak ada pelajar BODOH, yang ada hanya pelajar yang FAHAM atau TIDAK FAHAM. YANG FAHAM pula, ada yang CEPAT FAHAM, ADA YANG LAMBAT FAHAM.
16.  Lebih baik tidur awal dan lebih baik tidur di rumah daripada tidur dalam kelas.
17.  Berikan tumpuan dan konsentrasi –JANGAN TIDUR DALAM KELAS.
18.  Tukarkan IMPOSSIBLE atau I’M POSSIBLE.
19.  Salah satu sebaba pelajar gagal – MEREKA SENDIRI TIDAK BERI PELUANG KEPADA DIRI MEREKA UNTUK BERJAYA. Kenapa – mereka tidak percaya, tidak yakin akan kebolehan yang ada pada diri sendiri.
20.  KEPERCAYAAN –Sesuatu perkara yang diterima sebagai benar. Ia mungkin benar, ia mungkin karut! Ia menjadi benar jika kita mempercayainya, WALAUPUN SEBENARNYA PERKARA KARUT.
21.  Pelajar yang malas belajar bukan jadi malas sebab mereka sememangnyA SUKA JADI MALAS. Salah satu punca ialahMEREKA TIDAK MEMPERCAYAI KEBOLEHAN ATAU KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.
22.  SIKAP POSITIF (YES, I CAN DO IT) –meyakikini bahawa tindakan yang akan diambil berupaya membuahkan hasil seperti yang diingini.
23.  SIKAP NEGATIF (NO, I CAN’DO IT) _ meyakini bahawa tindakan yang diambil berkemungkinan tidak akan membuahkan hasil seperti yang diingini.
24.  Saya mesti percaya bahawa saya akan Berjaya jika saya mahu Berjaya.
25.  Minda adalah batasannya. Selagi kita dapat membayangkan bahawa kita boleh melakukan sesuatu, kita mambpu melakukan selagi kita mempercayainya 100%.
26.  Maksud Hadith “Empat perkara yang aku takut berlaku ke atas ummatku”,
Pertama – kuat makan
Kedua – Banyak tidur
Ketiga – malas
Keemapt – lemah keyakinan
27.  Don’t just talk, DO IT. (Usah bercakap banyak, bertindak sekarang)










3.    Taj        Motivasi Diri – 8 Cara Ringkas Meningkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah.             oleh JURNAL INSPIRASI pada APRIL 9, 2012

Sebelum pergi kepada 8 cara ringkas meningkatkan motivasi diri dengan kembali kepada fitrah, ada baiknya mengetahui bahawa dalam menyusuri jalan kejayaan, kadangkala arah akan sedikit tersasar.
Sebagai contoh ketika menjalankan perniagaan, ada ketikanya semangat membangunkan empayar sedikit diuji.
Hal ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan manusia biasa. Ia merupakan suatu ujian bagi menyedarkan seseorang agar sentiasa mengemas kini status (update status) diri sebagai hamba.
Di antara nikmat yang paling besar di akhirat kelak adalah mendapat pengiktirafan dan gelaran sebagai ‘Hamba Allah’.

Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri

Lain orang lain caranya. Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri adalah dengan:

Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, menonton video dan sebagainya. Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu ‘Enjoy’ bersama rakan-rakan Membawa diri untuk mencari ketenangan Menghabiskan masa dengan hobi Berkongsi masalah bersama rakan karib Dan lain-lain.
Kebanyakan cara yang disenaraikan betul. Namun di sebalik semua itu, cara yang baik untuk mengembalikan motivasi diri adalah dengan kembali kepada fitrah.

Kembali Kepada Fitrah

Kembali kepada fitrah mudah difahami dengan menghayati konsep ‘Hamba Allah’.
Apakah tujuan sebenar manusia diciptakan di muka bumi Allah ini? Bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya?.

Tujuan sebenar manusia diciptakan telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Zaariyaat, ayat 56 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.

Secara tersurat, ayat di atas jelas menunjukkan tujuan manusia dicipta adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah.

Penjelasan ini juga sekaligus menjawab persoalan bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya, iaitu dengan mentaati segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah: 8 Cara Ringkas

Bagaimana menghubungkan di antara ‘Meningkatkan Motivasi Diri‘ dan ‘Kembali Kepada Fitrah’?
Ketika diuji dengan motivasi diri yang menurun, cara terbaik meningkatkannya kembali adalah dengan kembali kepada Allah (kenyataan ini tidak menafikan cara-cara yang lain). Antara cara yang boleh dipraktikkan adalah:

Cara  # 1 – Membaca Al-Quran

Dalam tingkat piramid bacaan, ia berada di kedudukan paling atas.

Cara # 2 – Berzikir

Motivasi diri yang menurun disebabkan hati yang gelisah. Hati yang gelisah mampu ditenangkan dengan mengingati Allah (zikrullah).





Cara # 3 – Memerhati Kejadian Alam

Hati yang resah juga mampu ditenteramkan dengan memerhati kejadian alam.

Setiap makhluk yang diciptakan ada penciptanya. Setiap kejadian yang berlaku ada yang mengaturnya.

Cara # 4 – Mendampingi Para Ulama Dan Masjid

Jaringan kenalan yang positif memberi kesan yang baik kepada motivasi diri.

Selain itu, seorang rakan Rusia memberitahu penulis bahawa hatinya terasa tenang setelah menjejakkan kaki di masjid. Selepas itu, hatinya terus mendapat hidayah dan memeluk Islam.
Cara # 5 – Menghadiri Majlis Ilmu

Terdapat beberapa kebaikan menghadiri majlis ilmu. Antaranya dapat membina jaringan, menambah kenalan, berjumpa dengan mentor (ustaz atau ustazah) dan menambah ilmu pengetahuan. Kesemuanya mampu meningkatkan motivasi diri.

Cara # 6 – Mendengar Kuliah Agama

Nasihat agama memberi kesan yang baik kepada pendengar. Dalam al-Quran disebut bahawa peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.

Cara # 7 – Membaca Bacaan Motivasi Ilmiah (Tazkirah Kejayaan)

Membaca jambatan ilmu. Ia boleh membuka minda dan menajamkan fikiran.

Cara # 8 – Berbuat Kebaikan

Ia kerana memberi kebaikan kepada orang bererti memberi kebaikan kepada diri sendiri.

Akhir Kata…

Sebagai orang Islam, keyakinan kepada Allah dan ajaran Islam adalah sumber utama meningkatkan motivasi diri.
Suatu masa dahulu sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab merupakan bangsa yang dikatakan ‘tiada apa-apa’. Namun kedatangan Islam telah membawa ‘sinar cahaya’.