Tuesday, April 9, 2013

Pendidikan Bahasa ( Aktiviti 5)



AKTIVITI 5
3 Posting Berkaitan Pendidikan Bahasa
1.      Tajuk   : Pendidikan Bahasa Melayu:  Antara Hasrat dengan Perlaksanaan.  2002. 
                      ISBN 967-942-588-6.  64 hlm.  
Abstrak   
Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada empat dekad. Selama itu pihak kerajaan dan pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Namun demikian pelaksanaan dasar bagi merealisasikan matlamat tidak berjalan dengan licin. Ini kerana hasrat yang telah dipersetujui dalam dasar dan akta terpaksa diubah suai dan dilaksanakan mengikut tuntutan semasa, sehingga para pengkaji dan pengamal dasar berada dalam keadaan keliru. Para pengamal dasar pula mendapati kelemahan-kelemahan tertentu yang sukar di atasi pada peringkat pelaksanaan. Pembentangan ini cuba meneliti hasrat dasar bahasa yang terkandung dalam Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan kemudian menilai sejauh mana pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu dapat merealisasikan hasrat tersebut. Skoppembentangan ini terbatas kepada tiga persoalan utama. Pertama, apakah hasrat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Bahasa Kebangsaan yang terkandung dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia? Kedua, sejauh manakah Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan bahasa Melayu dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan yang merangkumi zaman awal pascakemerdekaan, zaman reformasi pendidikan, dan era globalisasi dan teknologi maklumat memenuhi hasrat tersebut? Ketiga, apakah agenda pendidikan bahasa Melayu yang masih belum selesai dan perlu dijadikan agenda penting pada abad ke-21 bagi memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar ilmu dan pembina tamadun bangsa? Kerangka teori jurang digunakan sebagai panduan bagi membincangkan perbezaan antara hasrat dan pelaksanaan dasar serta mengenal pasti keperluan yang wajar dipenuhi bagi memastikan matlamat dasartercapai.  

Hasil penelitian menunjukkan bahawa hasrat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia ialah: bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan pengantar utama dalam sistem pendidikan.  
Namun, dalam pelaksanaan dasar sejak zaman selepas merdeka hingga masa kini, pencapaian pelaksanaan tidak selaras dengan hasratnya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa terdapat jurang antara hasrat dengan pelaksanaan dasar di institusi pendidikan awam dan swasta. Kualiti pendidikan bahasa serta produknya tidak sampai tahap yang boleh dibanggakan. Kadangkala, kita berhadapan dengan guru-guru yang tidak berketrampilan untuk mengajarkan bahasa Melayu terutama di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan dan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Tambahan pula, sesetengah kumpulan pendidik dan pelajar menganggap penguasaan bahasa Melayu standard tidak penting. Selain itu,  penekanan kerajaan terhadap kepentingan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan pada abad ke-21 meneguhkan sikap negatif sesetengah pihak terhadap bahasa Melayu. Namun, golongan pelajar dan pekerja yakin bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berperanan dalampembangunan sumber manusia pada abad ke-21. Justeru, penyelesaian masalah utama dalam pendidikan Melayu khususnya, dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa dan masalah kualiti bahasa Melayu yang digunakan oleh para guru dan pelajar, masalah ketrampilan guru bahasa Melayu khususnya, dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa dan masalah kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Masalah-masalah inilah yang menjadi 'duri dalam daging' dalam pendidikan bahasa Melayu, di samping masalah sikap pelajar, guru dan pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro. 


Sumber: http://www.ukm.my/penerbit/f588-6.html.


1.    Tajuk     : Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan
Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa.Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif  dalam mencari dan mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.Selari dengan  keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan itu, bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran dan keperluan semasa.Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam konteks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa. Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam, para guru Bahasa Melayu akan dapat mendepani  segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan.Selain itu, isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan dengan kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa meminta guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik Safiah Karim (1980) berpendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah. Jika ini berlaku, maka akan mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang benarbenar berketerampilan dari aspek penguasaan bahasanya. Lantaran
itu, lahirlah masyarakat yang makin jahil tentang bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan sendiri.Krisis identiti “Bahasa Melayu” yang mengalami “penjenamaan semula” kepada “Bahasa Malaysia” secara tidak langsung telah mengikis kewibawaan bahasa itu sendiri. Perubahan demi perubahan dari segi nama dengan mula menggunakan “Bahasa Melayu”  kemudian menggunakan “Bahasa Malaysia”; kembali menggunakan “Bahasa Melayu”  dan kini berbalik semula kepada nama “Bahasa Malaysia”, sedikit sebanyak mencemarkan imej bahasa kebangsaan ini dan mungkin mengelirukan pelajar dan masyarakat umum. Pihak berkenaan harus mengkaji semula “penjenamaan” ini bagi mengelakkan daripada mengelirukan pelajar. Persoalan yang bermain dalam minda pelajar ialah yang mana satu betul sama ada “bahasa Melayu” atau “bahasa Malaysia”Seorang pelajar pernah bertanya, adakah “kebudayaan Melayu”
itu sama dengan “kebudayaan Malaysia”? Kemudian pelajar itu sendiri yang memberikan jawapannya. Menurutnya, kebudayaan Malaysia merangkumi budaya semua kaum yang terdapat di negara ini. Justeru, ini bermakna bahasa Malaysia ialah bahasa-bahasa yang digunakan oleh semua kaum di Malaysia yang merangkumi bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu, orang Tionghoa, iaitu bahasa Mandarin dan orang India, iaitu bahasa Tamil. Justeru, dalam mendepani isu dan cabaran ini, pihak berwajib dan guru Bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu, DBP sentiasa berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar negara.  Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini.  Majlis ini merupakan sebuah majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/Asia Tenggara. Di peringkat serantau dan antarabangsa, bahasa Melayu sudah kian meluas diterima baik sebagai bidang kajian ilmiah mahupun sebagai bahasa praktis untuk urusan kehidupan.  Selain di negara induk berbahasa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam, bahasa Melayu masih ada tempatnya di Singapura dan kian meluas dipelajari dan digunakan di Thailand (khususnya Thailand Selatan), di Kemboja, di Vietnam, dan di Filipina Selatan. Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia, iaitu di benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik di peringkat kemahiran berkomunikasi mahupun di peringkat pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan penyelidikan, penerbitan, kegiatan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif hingga sasaran DBP menjadikan
bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 2020 bukanlah hal yang mustahil. Kita memerlukan keazaman politik yang tinggi dari pucuk kepemimpinan negara. Perkembangan mutakhir yang menyentuh Dasar Bahasa Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan cabaran terbesar setakat ini. Kian ternyata peralihan sedang terjadi dan bahasa Inggeris sedang mengambil tempatnya semula seperti zaman kolonial dahulu. Cabaran itu merupakan yang terbesar kerana implikasinya cukup nyata kepada segala hasil usaha perancangan bahasa kebangsaan selama hampir setengah abad dan kesan jangka panjang kepada hala tuju peradaban negara pada masa hadapan. DBP sebagai institusi perancangan bahasa kebangsaan secara langsung terbabit dalam implikasi tersebut. Oleh itu DBP harus melihat semula, memikirkan perancangan strategik dan pendekatan baru pelaksanaan fungsi-fungsi utamanya secara serius, bukan sekadar menyesuaikannya dengan situasi semasa. DBP semestinya bangkit membuktikan kerelevanan dan keupayaan misi bahasa kebangsaan itu diteruskan dan ditingkatkan.Sikap dan pendirian DBP dalam kemelut yang berkaitan dengan keputusan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan sains untuk semua peringkat sekolah adalah jelas. DBP sebagaimana juga pejuang bahasa kebangsaan tidak pernah menentang usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan mana-mana jua bahasa lain dalam kalangan pelajar. Penguasaan bahasa-bahasa lain itu, di samping penguasaan bahasa kebangsaan memang dapat membantu penguasaan ilmu dan kemahiran.  Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki kelemahan atau meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar.  Langkah itu bukan sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris pelajar, malah dikhuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran itu.  Dengan  masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkan mata-mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris, kerana mereka terlatih dalam bahasa kebangsaan sewaktu mengikuti kursus pendidikan, dan pada waktu yang sama murid dan pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam bahasa Inggeris, dapat kita ramalkan tragedi yang akan berlaku dalam konteks pencapaian pelajar, khususnya para pelajar di luar bandar. Dalam hubungan dengan nasib dan masa hadapan bahasa Melayu yang diberi fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, pengurangan peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu, kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya.  Apabila fungsi suatu
bahasa terhad pada fungsi sosialnya semata-mata, iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang ilmu, pemikiran, teknologi, ekonomi, undang-undang, dan sebagainya.  Sejarah bahasa Melayu sejak berabad-abad lalu yang menunjukkan bahawa keutuhannya bukan sahaja berasaskan peranannya sebagai lingua franca, tetapi juga pada fungsinya dalam pelbagai bidang. Rupa-rupanya kekuatan itu dinafikan kita sendiri.  Warga Malaysia asalnya mungkin berlainan akar budaya dan bahasa akibat faktor sejarah kolonialisme yang memunculkan kepelbagaian mereka. Sungguh pun begitu rakyatnya perlu mempunyai wawasan yang sama untuk membina dan membangunkan negara yang bersatu padu, penuh toleransi dan jelas citranya sebagai satu bangsa Malaysia. Semua orang tahu bahawa kita boleh bersatu melalui satu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yakni bahasa negara sendiri kerana melaluinya hubungan budaya komunikasi dan nilai dapat dikongsi bersama. Dalam batas-batas ketentuan Perlembagaan Negara, kita sudah memiliki satu Dasar Bahasa Negara. Kita perlu memahami kebebasan buat manamana kaum dan suku bangsa kita menggunakan bahasa sendiri atau dialek dalam konteks tempatan atau persendirian. Kita memiliki bahasa negara dan bahasa rasmi yang satu.


1.    Tajuk :Fungsi Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan
Oleh ROHAIDAH MASHUDI dan J. SHAM WAHID
Apabila Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini mewajibkan kesemua 65 ribu orang pelajar asing yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia agar mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, kalangan pejuang bahasa menganggapnya sebagai langkah meletakkan semula kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pengajian tinggi di negara ini.
Dengan mewajibkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di negara ini bolehlah mereka memahami budaya setempat dengan lebih baik dan sekali gus mengembangkan dan menambah bilangan penutur bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.
Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.
Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.




No comments:

Post a Comment