Thursday, April 4, 2013

Refleksi (Aktiviti 4)





REFLEKSI (Aktiviti 4)
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus yang diberikan kepada saya. Pada hari pertama saya mendapat tugasan ini, terus terang saya katakan, saya tidak dapat bayangkan langsung bagaimana cara untuk menyiapkan kerja kursus  ini. Setelah menerima  penerangan dan bimbingan yang diberikan oleh En. Bukhari bin Shafie, saya mula mendapat keyakinan untuk melaksanakan tugasan ini.
            Setelah mendapat pendedahkan mengenai internet yang telah diberikan semasa kuliah maka saya sedaya upaya cuba memahaminya. Kata bijak pandai, usia bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan tetapi semangat, keazaman dan usaha merupakan benteng bagi mencipta kejayaan. Secara jujurnya saya katakan bahawa saya sememangnya tidak memahami dan mengetahui lebih mendalam mengenai internet  malahan untuk mencipta sesuatu yang baharu merupakan suatu yang diluar  jangkaan saya sama sekali. Oleh itu, saya perlu meningkatkan usaha untuk mencari bahan-bahan ilmiah berkaitan internet.
Apabila saya diberi pendedahan mencipta blog oleh pensyarah maka saya bertekal untuk mencipta blog saya sendiri.yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini.  Seterusnya, saya  melayani  internet untuk mendapat info mencipta blog selain buku rujukan. Walaupun sukar mendapat maklumat daripada jaringan jalur lebar di kawasan saya tetapi atas nasihat dan bimbingan rakan-rakan setugas , saya berjaya mencipta blogs saya sendiri.
             Malahan pakar ICT di sekolah tempat saya berkhidmat banyak membantu. Ini telah meringankan bebanan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan oleh beliau amat saya hargai.



            . Selain beliau, Cik Saadiah bt Md Saad juga turut membantu saya dengan menerangkan cara-cara mengaplikasikan bahan-bahan yang dikehendaki dalam blog serta cara-cara melihat kembali hasil tugasan saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada beliau.
Apabila saya melaksanakan tugasan ini, maka saya kembali sedar betapa pentingnya peranan internet kepada manusia. Arus pemodenan mengajak para guru meneroka dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik melalui jalur lebar. Oleh itu, para guru perlu lebih berkeyakinan dalam penghasilan bahan–bahan atau karya yang berkualiti dan proses pengajaran akan lebih menarik dan menyeronokan.  Justeru itu, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan guru perlu bergerak ke hadapan dan landasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang kualiti.
Selain itu, tugasan ini juga telah memberi banyak  pengetahuan yang amat berguna kepada saya dan ribuan kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya menghasilkan tugasan ini.

No comments:

Post a Comment